Empayar Rom (Abad pertama SM hingga abad ke-5 M) Baharian_klasik

Rencana utama: Empayar Rom
Luas Empayar Rom di bawah Trajan, 117 M

Menentukan penghujung tepat Republik adalah satu pertikaian oleh ahli sejarah moden. Peristiwa tepat yang menandakan peralihan Republik Rom kepada Empayar Rom adalah masalah tafsiran. Ahli-ahli sejarah telah mencadangkan pelantikan Julius Caesar sebagai diktator yang kekal (44 SM), Pertempuran Actium (2 September 31 SM), dan pemberian Senat Rom akan kuasa yang luar biasa di bawah Octavian (16 Januari 27 SM), sebagai calon penting. Rakyat Rom pada masa itu tidak mengetahui bahawa Republik itu tidak wujud lagi. "Maharaja" awal Julio-Claudian mempertahankan bahawa res publica masih wujud, walaupun di bawah perlindungan kuasa luar biasa mereka, dan akhirnya akan kembali ke bentuk penuh Republik. Negeri Rom terus memanggil diri mereka sebuah res publica selagi terus menggunakan Latin sebagai bahasa rasmi.

Rom memperoleh ciri empayar de facto daripada 130s SM dengan pengambilalihan Cisalpine Gaul, Illyria, Greece dan Hispania, dan pasti dengan tambahan Iudaea, Asia Kecil dan Gaul pada abad pertama SM. Pada masa peluasan maksimum empayar di bawah Trajan (117 M), Rom menguasai keseluruhan Mediterranean dan juga Gaul, bahagian Germania dan Britannia, Balkan, Dacia, Asia Kecil, Caucasus dan Mesopotamia.

Budaya, Empayar Rom dihelenkan dengan ketara, tetapi juga memperlihatkan kebangkitan tradisi sinkratik "timur", seperti Mithraisme, Gnostisisme, dan paling ketara Kristian.

Empayar ini mula jatuh dalam krisis abad ketiga.